Fikir Positif!



Assalamualaikum :)

Hai guys. Jumpa lagi hari ni. Heeeee entah kenapa mood rajin nak berblog datang menerpa! Dalam tengah mata separuh nak terlelap ni  pun sempat datang idea . Haiiissshhh. Time free tak nak pulak datang idea kan? hahaha okey lupakan!
So, tengah-ii malam  macam ni aku punya kepala ni dok fikir macam-macam hal. Terkenang itu terkenang ini. Teringat itu teringat ini. It's all about my past!. Every moment comes out appear one by one! tryin' to forget but how?? I'm just tryin' but it doesn't work! Hurrmm.
kadang-kadang kita ni manusia yang tak pandai nak berfikiran positif selepas apa yang terjadi. Hanya tahu nak menyalahkan. Hanya tahu ambil jalan mudah. Ion-ion negatif dari luar menyerap masuk melalui salur-salur darah pemikiran lebih banyak akibat sikap yang tak ambil peduli tentang hati dan perasaan sendiri. Membiarkan diri sakit dan derita dek perbuatan sendiri. Menganiaya diri sendiri namanya tu! haiisssh.


Okey-ii dengan itu, jom kita mem'positif'kan pemikiran dari segala anasir-anasir jahat yang ada sekeliling kita ni. Just share apa yang aku rasa boleh dijadikan panduan dalam diri selain tingkatkan lagi pemikiran kita. Semua ini untuk kebaikan kita jugak. Bila positif, automatik kehidupan tenang bahagia tanpa diganggu pemikiran negatif . Itu lebih bahagia!


Kenapa Perlu Berfikiran Positif?


Mestilah perlu. Supaya setiap manusia berjaya dan bahagia dalam hidup . Ini adalah perkara yang sangat penting dan ia dipengaruhi oleh persekitaran. Hakikatnya berfikiran positif dapat mendatangkan kesihatan kepada akal dan tubuh badan serta pada masa yang sama beroleh pahala.

Jadi, dalam apa juga yang ingin kita lakukan, mulakan dengan berfikiran positif kerana apa yang kita fikir, itulah yang akan jadi.
 'Sabar, fikir positif, reda, ada hikmah di sebalik semua ini, pasti ada yang membahagiakan kelak.'

Itu antara kata-kata yang kita akan tuturkan kepada teman kita. Namun, jika kita yang mengalaminya, adakah kita mampu untuk menjadi kuat, sabar dan berfikiran positif?
Walau apa pun masalah yang datang menjelma. Perkara yang utama yang perlu dilakukan adalah untuk berfikiran positif. Positifkan minda kita. Positifkan hati kita. Positifkan segala tindak-tanduk kita. Tetapi, semudah itukah untuk menjadi positif? Semudah dengan kata-kata? Memang susah kot untuk berfikiran positif, sebab bila masalah datang bertimpa-timpa pasti kekecewaan itu akan menyelubungi diri
 Apa yang penting sentiasa positifkan diri. Jika kita sentiasa positif. Semua perkara negatif, pasti menjadi positif, hanya dengan keizinan daripada-NYA. Wallahu'alam .
okey lah aku nak masuk tidur jam pun dah 1.18 pagi In Sha Allah kalau ada masa aku update lagi okey ? wassalam :D 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan