Pendam Perasaan Itu Satu Jihad


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah aku masih bernafas haishh tenang rasanya pagi ni *eh pagi? o.O haha dah t.hari dah pun jam pun dah 12.15 t.hari okey never mind harini aku nak kongsi pasal Pendam Perasaan Itu Satu Jihad. Setiap manusia pasti tak lepas daripada memikirkan soal cinta dan jodoh kan? jangan cakap orang aku pun sama asyik fikir benda ni je .

Cuma, apa yang membuatkan aku rasa tertarik untuk menulis semula apa yang telah dikongsi oleh penulis blog itu, ialah jalan ceritanya.Jalan cerita yang dikongsi adalah berkaitan seorang wanita yang memendam perasaan cinta dan itu adalah amat menyakitkan buat dirinya. Tetapi, sahabat wanita tersebut memberi peringatan dan motivasi kepadanya bahawa memendam perasaan itu adalah satu jihad. Cinta itu adalah fitrah dan fitrah itu perlu dijaga sebaik-baiknya. Percayalah pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Yang paling penting, aku ingin mengambil kata-kata nasihat daripada sahabat wanita tersebut: "Salurkan rasa cinta kamu kepada Allah. Perasaan cinta itu datang daripada Allah. Jadi, kembalikanlah ia kepada Allah."

 Allah tetap akan mempertemukan kita dengannya, tetapi jika bukan, semoga Allah menghadirkan seseorang yang lebih baik untuk kita :)

okey sampai disini saja lah aku membebel haha sekadar bagi nasihat tak salah bukan? hihik dan akhir kata aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha bagi semua umat islam peace ^^v baibai wassalam :D
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan