Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa


Assalamualaikum 


selamat pertang :) Alhamdulillah Allah masih beri aku kesempatan untuk aku terus hidup di muka bumi ini. Nyaman rasanya petang ni act panas la jugak hahaha selalu tabiat aku petang-petang macam ni tidur , harini entah malas nak tidur terasa rajin nak update blog kesayangan aku ni muahaha ><

harini aku nak kongsi pasal Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa .
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.


2. Solat Sunat Tahajjud


Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

3. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

4. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

okey done! :) sampai sini sajalah aku membebel tapi takpe see aku dapat share dengan korang pasal kecewa ni kan btw kalau korang rasa down and kecewa try tips yg aku bagi ni In Sha Allah akan membantu :) Wassalam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan